CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 4, 2012

CATATAN PERISTIWA: MAJLIS RAJA SEHARIKU


Assalamualaikum wrb...

HARI PERTAMA,,,( 09/11/2012,KHAMIS )

  Di kesempatan ini aku lakarkan  suatu peristiwa yang begitu istemewa dalam hidupku setelah sekian lamanya aku menanti dan menunggu maka pada tahun 2011 bulan november,sejarah dan perubahan hidupku bermula.pada tanggal 09.11.2011 dengan bermas kahwinkan RM11,000 ribu tunai dan sebentuk cincin aku selamat diijab kabulkan dengan buah hati kesayanganku,dengan sekali lafaz di hadapan yang berbahagia ustaz hj fauzi yang juga merupakan ustaz yang mengajar aku semasa aku di tingkatan lima dahulu.Dengan berwalikan ayahanda tersayang pihak pengantin perempuan majlis yang dijadualkan berjalan dengan lancar.selesai akad nikah para hadirin yang hadir mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan oleh yang berbahagian ustaz.hari itu begitu bermakna buat aku dan dia.setelah 6 tahun aku mengenali dan menjalinkan seutuh kasih maka kami selamat diijab kabul dan sah menjadi suami isteri.majlis akad dilangsungkan di masjid kg enggong yang juga merupakan masjid di kampung isteriku,majlis berlangsung pada jam 9.00 malam selepas menunaikan solat isya' berjemaah.selain daripada ayahanda dan ibunda ku yang tercinta,sanak saudara ku juga turut serta kerana tidak mahu ketinggalan dalam majlis ku ini.mungkin para hadirin yang hadir dalam lingkungan 40 orang termasuk para hadirin bagi sebelah pengantin perempuan.setelah selesai semua,para hadirin yang hadir dijemput ke rumah pegantin perempuan untuk sedikit jamuan kesyukuran.selesai makan,aku dan keluarga pulang ke rumah ku yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari rumah isteriku.majlis persandingan dirancang pada 11/11/2011 iaitu pada hari sabtu kerana di kelantan jumaat sabtu cuti jadi kami berdua ambil keputusan untuk mengadakan kenduri disebelah pihak perempuan pada hari sabtu,bukan hanya kerana tarikhnya yang cantik iaitu 11/11/2011 tetapi hari sabtu masanya lebih panjang sedikit jika dibandingkan hari jumaat kerana waktu tengahari kaum adam sibuk untuk membuat persediaan solat jumaat jadi masanya menjadi singkat.sampai di rumahku kira-kira jam 12 malam aku mula cuba melelapkan mata seawal mungkin kerana keesokkan harinya aku harus bangun awal kerana banyak lagi barangan yang perlu aku beli untuk majlis persandingan dan kenduri di pihak perempuan nanti.


HARI KEDUA ( 10/11/2011,JUMAAT )


  Pada keesokkan harinya,seawal pagi lagi aku bertolak mengambil isteriku kerana masih lagi banyak benda yang belum selesai untuk majlis kenduri nanti.barang-barang keperluan belum lagi cukup,maklumlah aku dan isteri masing-masing bekerja dan sudah semestinya cuti yang dapat pun tidak lah lama sangat.Jam 7.00 pagi aku sudah terpacak di perkarangan pasar pagi di bandar kuala krai yang jaraknya 15 minit dari rumah isteriku.hari ini aku mengambarkan kepenatan yang mungkin membuatkan aku malam nanti tidak perlu berbaring lama untuk melelapkan mata.Beberapa minit berjalan bakul yang aku bawa nampaknya sudah penuh tetapi banyak lagi barang yang hendak dibeli,aku hantar dulu ke but kereta supaya selesa sikit aku berjalan mengikut jejak isteriku.Sakit kepala bila memikirkan soal kenduri ni,tenaga,masa dan kewangan banyak digunakan.mungkin dianggarkan sekitar RM25,000 juga bajet untuk kenduri aku ni kerana pada yang sama banjir besar berlaku di negara thailand jadi barang-barang banyak yang harganya naik melambung,nak atau tak nak terpaksa jugalah kerana tarikh telah lama ditetapkan.apa-apa pun aku bersyukur kepada yang maha ESA kerana telah mempermudahkan urusan dan keadaan sehingga selesai upacara ini.
  Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi,semua barang telah siap dibeli,but kereta pun dah penuh,dah sampai masa untuk kami pulang kerana barng-barang yang dibeli perlu di masak pada waktu yang sesuai supaya hari kenduri nanti tidaklah jadi huru-hara.aku tinggalkan isteriku di rumahnya dan aku bergerak pulang ke rumahku untuk menyiapkan apa yang patut untuk majlis keesokkannya.alhamdulillah,semua sudah siap kerana aku anak lelaki yang sulong jadi persiapan ibu dan sanak saudara yang siapkan,aku hanya sekadar menjadi pemerhati sambil tolong-tolong apa yang patut saja.waktu sudah pun menjelang senja,aku mandi dan siap sedia untuk menunaikan solat berjemaah bersama ayahanda dan adik-adikku.selesai solat maghrib dan isya',kami makan malam bersama-sama seperti rutin harian yang biasa,lepak tengok tb kejap,borak-borak dengan ayahanda,jam 12.00 malam aku masuk tidur
                                                                                                   


HARI KETIGA ( 11/11/2011,SABTU )
  Dari jauh mula kelihatan berbondong-bondong dan berbalam-balam kaum ibu bertamu berjalan kaki dibawah perik matahari dan kelihatan si bapa pula menaiki motorsikal sama seorang atau suami isteri. Manakala kanak-kanak pula ada yang berbasikal dan berjalan kaki sama menuju ke rumah pengantin. Semua berbaju baru dan segak bergaya.Pukul 12 bermula jamuan di bawa masuk ke khemah dan rumah. Tetamu lelaki mula duduk menanti juadah dihidangkan dengan 4 orang setalam. Si ibu pula masuk ke rumah dan makan bersila manakala si kanak-kanak berlari-lari berebut dalam beratur memegang pingan untuk nasi lalu ke bahagian lauk dan akhirnya air seperti nasi campur lalu duduk bercangkung di tepi dapur, tebing longkang, atas kayu api dan dibawah pokok untuk menjamu selera.Pada hari ini adalah hari yang cukup meriah untuk meraikan kehadiran aku sebagai putera sehari ke rumah isteriku.Majlis persandingan di rancang pada sebelah petang kira-kira jam 2.00 petang selepas waktu zohor.Selesai solat zohor lebih kurang jam 2.00 petang,sanak saudara dan para sahabat handai berkumpul di perkarangan rumahku untuk berasama-sama bertolak ke rumah pengantin perempuan.Pda mulanya jani pukul 2 dah nak gerak tapi biasalah janji orang melayu.Sampai di sana kami di sambut dengan paluan kompang dan suasana meriah para hadirin yang hadir.aku dipayungkan dan di bawa menuju ke tempat persandingan sementara isteriku menunggu di depan pintu untuk menyambut kehadiran aku.Dengan mengenakan busana songket biru,aku berjalan menuju ke rumah isteri tanpa perasan segan atau silu,yang penting bagi aku majlis cepat habis dan aku bolehlah rehat.Majlis persandingan begitu meriah,kilauan cahaya kemera yang tiba tidak henti-henti,kadanag-kadang boring juga melayan kerenah jurufoto ni,lebih-lebih dan macam-macam pula.Nasib baiklah acara makan beradab tidak diadakan,kalau ada macam malas nak join pun ada rasanya


  Sesi pertama bergambar hanya melibatkan aku dan isteri saja,mula-mula songket biru,lepas tu tukar pakaian lagi pakai baju purple,dah rasa macam artis pun ada.sebab itulah juga majlis kahwin ni di panggil raja sehari.Bila dah berderet-deret flash yang datang,nak senyum pun dah macam tak nak senyum,yang sorang nak posing macam ni,sorang lagi nak lain,adui nak marah pun tak boleh,ikut jela.Walaupun rasa macam teramat-amat penat tapi bila tengok kedua-dua belah keluarga beramah mesra dan para hadirin yang gembira,semua rasa penat tadi hilang di lamun perasaan ku sendiri.Perasaan gembira dalam hatiku tak dapat nak ku luahkan melalui perkataan ataupun perbuatan,hanya tuhan saja yang tahu dalam hati ku ini.Selepas selesai sesi aku bergambar bersama isteri tercinta,ramai sahabt handai dan sanak saudara yang ingin mengambil foto bersama sebagai tanda kenangan di majlis perkahwinanku ini.suasana wajah-wajah yang ceria dengan pelbagai kerenah membuatkan kami merasakan majlis kami ini seperti majlis perkahwinan putera england,apa-pap pun terima kasih ku ucapkan kepada kawan-kawan yang sudi hadir,itu sudah memadai bagiku.


  Dah banyak aku bercerita tentang suasana dan keadaan majlis ku,kini aku nak pula kongsi bab kahwin ni dari sudut agama kita islam,Dalam erti lain dalam bab kahwin ni kita kena juga tengok dari pelbagai sudut,aku bukannya nak jadi ustaz tapi sekadar nak kongsi sikit sebanyak apa yang patut dan apa ynag aku tahu,kahwin disebabkan nafsu atau apa-apa yang berkaitan dengannya kadang-kadand tidak membawa bahagia,kalau pun bahagia mungkin hanya sekadar melepas batuk di tangga,sebab tu lah sekarang terlalu banyak kes cerai.Perkahwinan mithalai bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.
  Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah swt. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah S.A.W. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."


Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.
  Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap Baitul Muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.
Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana fitrah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah ar-Rum:30 :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."


  Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. 

  SEKIAN CATATAN MAJLIS PERKAHWINANKU 11/11/2011
WASSALAM,,,,,,

Wednesday, October 31, 2012

KOMEN:“Baucar Buku 1 Malaysia”


Apa komen anda tentang pemberian "Baucar Buku 1 Malaysia"?

Dengan adanya bantuan baucar ini ia menggalakkan budaya membaca yang dapat disemai dalam kalangan pelajar.Di Malaysia kini, kadar pembacaan buku kalangan rakyat adalah sangat rendah.Maka, dengan pemberian baucar buku ini,ia dapat menggalakkan lagi budaya membaca.Menerusi pemberian baucar ini, para pelajar sebenarnya diberikan peluang keemasan bagi memilih pelbagai jenis bahan bacaan di kedai buku.
Bagi pendapat saya,baucar tersebut perlu dilanjutkan tempoh sehingga 6 bulan kerana mungkin ada pelajar yang belum daftar lagi untuk semester seterusnya,walau  bagaimanapun baucar ini merupakan pencetus dalam kalangan rakyat supaya mempunyai sikap untuk menjadikan membaca buku sebagai satu budaya, ini merupakan salah satu langkah pihak kerajaan yang tepat, tetapi andai pelajar yang menerima bucar ini tidak memanfaatkan dengan sebaiknya, maka segala manfaat itu hanya akan menjadi sia-sia.Diharap pemberian baucar untuk tahun 2013 nanti,tidak ada kejadian penyalahgunaan baucar ini
            Pada pendapat saya,pemberian baucar 1 Malaysia ini telah memberi impak yang besar  kepada semua pelajar di negara ini,kerana sedikit sebanyak baucar ini dapat membantu golongan pelajar untuk meringankan beban bagi perbelanjaan pembelian buku pengajian dan juga dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Dengan pemberian ini baucar tersebut, telah dapat meringankan beban saya untuk membeli buku rujukan. Baru-baru ini pula,pihak kerajaan telah menambahkan nilai baucar 1 Malaysia kepada RM250 di dalam pembentangan bajet 2013 yang sebelum ini hanya bernilai RM200, ini merupakan berita yang baik kerana nilai baucar yang akan diberikan nanti lebih banyak.Bagi tahun 2012,kerjaan telah membelanjakan lebih kurang 300  juta untuk memberi bantuan baucar buku 1 Malaysia ini kepada setiap pelajar.Saya  sangat bersyukur kerana adanya bantuan seperti ini,maknanya pihak kerajaan cukup prihatin terhadap golongan pelajar yang tidak berkemampuan atau kekurangan bajet untuk membeli buku.Dengan itu,pemberian baucar ini merupakan satu peluang buat para pelajar bagi menggunkannya untuk membeli buku dan peralatan alat tulis.
             Hakikatnya, baucar yang diberi sudah pasti akan meringankan sedikit beban yang ditanggung para pelajar yang dikelilingi dengan tekanan kewangan. Maka seharusnya peluang yang diberi ini wajar digunakan sebaik-baiknya oleh para pelajar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.Pihak kerajaan telah banyak memberi bantuan,sepatutnya kita mesti gunakan peluang ini dengan sebaiknya.Oleh itu,pihak kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang cukup besar bagi tujuan pemberian baucar ini, dan jika pelajar tidak memanfaatkannya,maka wang rakyat pastilah akan dibazirkan.
        Namun, di sebalik peluang yang diberi, kelihatan terdapat sesetengah para pelajar mengambil kesempatan dengan menggunakan baucar tersebut bagi tujuan lain.Mereka yang terlibat telah menyalahgunaan baucar yang diberikan seperti menjual dan melelong baucar tersebut kepada golongan pelajar yang lain,malah ada juga yang menjual baucar oleh segelintir pelajar di internet dan perkara ini betul-betul mengecewakan pihak kerajaan.Penjualan baucar buku di internet seperti yang dilakukan oeleh sesetengan pelajar merupakan satu tindakan yang sangat merugikan. Tindakan ini ibarat melepaskan peluang keemasan yang diberi oleh kerajaan. Hakikatnya,banyak manfaat yang dapat diperoleh oleh para pelajar andai baucar ini digunakan dengan sebaiknya. Tindakan menjual baucar ini mungkin berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang lebih mengutamakan wang ringgit berbanding ilmu pengetahuan.Nilai materialistik yang wujud inilah menyebabkan sesetengah pelajar itu sanggup melupakan kepentingan membeli bahan bacaan ,sebaliknya lebih mengutamakan pembelian barang-barang untuk keperluan diri yang tidak penting.

Monday, October 29, 2012

PANDUAN : 6 PANDUAN BUAT SUAMI ISTERI KAHWIN USIA MUDA


Ketika ini rata-rata pasangan melensungkan perkahwinan pada usia pertengahan 20-an. Selalunya bila usia mencecah 25 atau 26 tahun selepas tamat pengajian atau sudah memiliki kerjaya yang stabil.


Jarang muda-mudi yang berusia awal dari itu mahu melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun ramai ibu bapa yang akan membantah dan meminta mereka berfikir seribu kali sebelum bernikah. Malah tak kurang juga dikatakan 'sudah gatal' hendak berkahwin.



Tak bolehkah berkahwin pada usia muda jika keinginan dan persediannya sudah mencukupi? Perlukah menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum melaksanakan hasrat itu? Sebenarnya individu yang masih muda juga boleh menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bagi pasangan muda yang berada dalam dilema ini, ikuti beberapa perkara mengenai perkawinan di  usia muda yang boleh anda jadikan panduan.





1. Berupaya galas tanggungjawab
     Berkahwin di usia muda mencipta tanggungjawab yang lebih besar buat suami. Apa tidaknya, mereka perlu menyara anak orang dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa serta makan pakai yanag mencukupi.
     Sebab itulah suami wajib mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap bagi menyediakan semua yang diperlukan. Inilah perkara utama dan perlu diberi perhatian. Namun, sekiranya suami bekerja sendiri maka dia harus pastikan bahawa pendapatan hasil dari perniagaan yang dijalankan stabil untuk tempoh beberapa bulan. Barulah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.


2. Periksa status kewangan

    Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, periksa dahulu status kewangan anda. Adakah mempunyai simpanan wang yang tetap untuk masa satu tempoh yang panjang atau sekadar cukup-cukup makan sahaja.
    Berdasarkan kajian yang dijalankan, pasangan yang ingin berumah tangga perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan wang perbelanjaan harian dalam mana-mana akaun simpanan harian. Seandainya syarat tersebut dipenuhi maka tidak salah untuk kalian membina mahligai bahagia yang diidamkan selama ini.


3.  Matang membuat keputusan

Salah satu elemen penting yang perlu ada dalam diri pasangan muda ialah berfikiran amtang. Ingat, perkahwinan bukanlah mainan atau bahan uji kaji untuk mengukur sebuah kebahagiaan.
Suami terutamanya perlu miliki sikap kepimpinan dan bijak membuat keputusan. Oleh itu meraka perlu berfikiran lebih matang dari usia sebenar agar bahtera yang dilayari tidak jauh terpesong dari arah yang sepatutnya.
Ini kerana, kehidupan rumah tangga mempunyai banyak cabaran dan dugaannya. Susah untuk di ramal apa yang akan berlaku di hari mendatang. Jadi sentiasalah berfikiran jauh sebelum memutuskan sesuatu perkara.


4. Dapatkan restu orang tua

Kata orang, restu ibu bapa sangat penting untuk mencapai sebuah kebahagian. Tak kirala hidup sendiri atau berkeluarga, redha mereka memberikan lebih tenaga dan semangat untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna.
Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menentang keras apabila anaknya ingin berumah tangga tetapi bila keperluan kewangan, tanggungjawab dan bijak membuat keputusan ini dipenuhi nescaya mereka akan merelakan hubungan tersebut sepenuh hati.


5. Tolak ansur kunci bahagia

Dalam rumah tangga ,sikap saling memahami dan bertolak ansur adalah satu dari berpuluh rencah mencapai kebahagian. Hidup bersendiri tidak perlu memikirkan orang lain tetapi bila berdua sedarlah bahawa ada hati yang perlu dijaga. Kawal kemarahan dan janganlah cepat melatah bila ada silap dan salah.


6. Sentiasa berfikiran positif pada pasangan 

Amalkan sentiasa berprasangka baik terhadap pasangan setelah mendirikan rumah tangga. Cemburu boleh tetapi kata orang biarlah berpada. Bukankah itu tandanya sayang. Jadi, apabila ada permasalahan atau curiga tentang sikapnya maka berbincanglah secara baik. Maklum sahajalah, risiko untuk cemburu buta itu tinggi kerana masing-masing masih muda,perjalanan pun jauh lagi. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari individu yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar yang lebih berkesan.

ARTIKEL : GEJALA PEMBUANGAN BAYI SEMAKIN MENINGKAT

Sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan beberapa berita yang amat memeranjatkan semua pihak iaitu isu pembuangan bayi. Gejala ini amat devian kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Ada antara bayi yang ditemui yang masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan hampir semua yang ditemui berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Seperti tiada kesedaran diri, bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan. Tidak kira apa pun status bayi tersebut, isu ini perlu dibendung. Pembuangan bayi adalah satu jenayah walaupun terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.
Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.
Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa
Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri. Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.
Oleh itu,terdapat beberapa punca berlakunya gejala ini iaitu punca utama yang menyebabkan pembuangan bayi ialah keruntuhan institusi kekeluargaan dalam masyarakat kita. Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa Ibu bapa yang merupakan ketua keluarga telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka mendidik anak-anak menjadi insan yang bersahsiah dan berkeperibadian mulia. Mereka sibuk dengan tugas-tugas seharian sehingga anak-anak terabai. Anak-anak yang kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka lebih cenderung untuk mencari keseronokan di luar rumah. Akibatnya, mereka terjebak ke kancah permasalahan sosial seperti melakukan seks bebas sehingga mengandungkan anak luar nikah.   
Pada masa itu, barulah mereka sedar bahawa mereka sudah terlanjur dan jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan tersebut adalah dengan membuang bayi yang dikandungkan. Mereka melakukan perbuatan terkutuk ini adalah untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka daripada pengetahuan ibu bapa. Jelaslah bahawa kerapuhan institusi kekeluargaan merupakan punca utama berlakunya masalah pembuangan bayi di negara kita.











       Seterusnya, masalah pembuangan bayi juga berlaku disebabkan golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Masalah  sosial merupakan salah satu daripada penyumbang berlakunya kes buang anak ini. Antaranya, pergaulan bebas tanpa had terutamanya di antara lelaki dan wanita. Selain itu, terikut dengan budaya barat yang yang mengamalkan seks itu adalah sebahagian daripada proses percintaan. Golongan ini juga percaya alat-alat terkini seperti kondom dan pil boleh mengelakkan daripada mengandung jika melakukan hubungan seks," katanya.Sewaktu bercinta semuanya indah belaka sehingga si wanita sanggup menyerahkan segalanya untuk membuktikan kesetiaan dan cinta kepada pasangan mereka.
 Mereka mudah lemah kepada pujuk rayu kekasih hati yang kononnya berjanji mahu sehidup semati dengan mereka. Akhirnya, mereka rela bersekedudukan dengan pasangan bagaikan pasangan suami isteri walaupun tiada ikatan perkahwinan. Setelah si wanita hamil maka berlakulah konflik dalam kehidupan kerana si lelaki mahu melepaskan diri daripada tanggungjawab. Wanita yang hamil tersebut dipaksa untuk membuang atau menggugurkan bayi dalam kandungan demi menutup aib kerana mengandungkan anak luar nikah. Sekiranya tidak mahu berbuat seperti yang diarahkan, mereka akan ditinggalkan. Dalam situasi sebegini, si wanita tiada pilihan lain selain menurut kehendak pasangan mereka, bak kata pepatah, “ditelan mati emak, diluah mati bapa”.
            Selanjutnya, masalah pembuangan bayi semakin berleluasa di negara kita disebabkan bertambahnya pusat-pusat hiburan di negara kita terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Remaja lelaki dan perempuan biasanya berkumpul di pusat-pusat hiburan ini pada setiap hujung minggu. Mereka bergaul bebas antara lelaki dan perempuan sambil meminum minuman keras. Dalam keadaan separuh sedar, remaja perempuan biasanya mudah digoda oleh remaja lelaki. Golongan remaja sebegini tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu kerana bagi mereka yang penting ialah keseronokan. Perlakuan seks bebas yang berleluasa di pusat-pusat hiburan menyebabkan ramai remaja yang terpengaruh sehingga ada dalam kalangan mereka yang mengandungkan anak luar nikah. Apabila sudah mengandung barulah mereka sedar kesilapan diri, ibarat kata pepatah, “sudah terhantuk baru nak terngadah”. Walau bagaimanapun, segalanya sudah tidak berguna kerana “nasi sudah menjadi bubur”. Akibatnya, mereka mengambil keputusan mudah iaitu membuang bayi yang dikandungkan.
Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga.
Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya. Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi       Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93:
Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".
            Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu megubah segalanya.


     











Justeru itu,berlakunya gejala seperti ini juga adalah disebabkan kekurangan  ilmu agama amatlah tipis dalam kalangan remaja pada hari ini hingga menyebabkan kes pembuangan anak tidak menjadi kesalahan kepada mereka.
Ilmu agama
Justeru itu, kurang ilmu agama menjadi faktor golongan ini tidak dapat menilai halal dan haram.
"Era globalisasi dan pembangunan teknologi (ICT)
Pada hari secara langsung atau tidak telah menyumbang kepada kes pembuangan anak. Jika kita kaji, kemudahan telefon bimbit telah menyebabkan remaja boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa untuk sebagai titik permulaan kepada kes yang tidak bermoral ini. Kesukaran membuat pemantauan oleh ibubapa terhadap penggunaan internet juga menyumbang kepada gejala kes ini," jelasnya.
Secara tidak langsung, kes pembuangan bayi ini mempengaruhi kesihatan sosial pada hari ini.Dari sudut perubatan, kadar kematian bayi yang lebih tinggi akan menyebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Ini disebabkan kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah, jangkitan kuman dan kecederaan sewaktu bersalin.   
Selain itu, kes ini turut memberi kesan kepada psikologi dan sosial wanita yang melahirkan bayi tersebut iaitu murung, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah atau gelisah. Bukan itu sahaja, ia akan mewujudkan masalah emosi dan hubungan interpersonal dengan terputusnya hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
"Terlalu banyak kesan psikologi dan sosial kepada masyarakat. Antaranya, kemajuan dan kemakmuran masyarakat di masa hadapan akan terjejas. Pesan Iman Al-Ghazali, jika kamu mahu melihat senario masa depan masyarakat dan negara kamu, lihatkan senario remaja masa kini. Jika mereka hebat maka akan hebatlah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan, tetapi jika remaja kini rosak akhlaknya dan lemah mindanya. Maka akan rosaklah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan," jelasnya.
Perasaan bersalah yang datang di kemudian hari akan memberikan tekanan psikologi dan sosial yang berat serta tumpuan kepada kerjaya akan terjelas.
Secara umum, remaja pada hari ini tidak faham dan mengerti secara mendalam erti kasih sayang yang sebenarnya. Justeru itu, jika mereka berkahwin, perkahwinan itu jarang yang kekal lama kerana mereka tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan kasih sayang itu.Sementara itu, bagi golongan berumur 25 tahun ke atas, percintaan yang sering diikuti dengan tanggungjawab.
Dalam membantu masyarakat pada hari ini untuk membendung kes pembuangan bayi, mereka perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar kepincangan dalam institusi sosial tidak berlarutan. "Golongan dewasa juga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada golongan remaja kerana golongan inilah yang banyak terlibat dengan isu pembuangan bayi. Langkah ini adalah bertujuan untuk mengelakkan golongan ini berpengaruh dengan keadaan sekeliling. Selain itu, kerjasama masyarakat dengan kerajaan turut memainkan peranan dalam usaha mencapai masalah sosial 'sifar'. Walaupun ia mungkin sukar dicapai tetapi melalui kerjasama di antara masyarakat dan pihak berkuasa mampu menyelesaikan masalah buang anak ini.
Kesedaran
Pada pihak yang terlibat,saya menyarankan  masyarakat memberi kesedaran untuk membendung gejala tidak sihat ini. Misalnya, kerajaan boleh melaksana undang-undang terhadap remaja yang berdua-duaan di tempat yang kondusif untuk seks bebas. Selain itu, masyarakat perlu membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda ini. Aktiviti yang mencurigakan perlu dibuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membanteras mereka yang terlibat.
" Ibu bapa juga perlu peka dan mengambil berat terhadap perkembangan dan apa yang dilakukan oleh remaja mereka. Selain itu, guru perlu memantau kehadiran pelajar dalam kelas. Laporkan kepada ibu bapa jika anak mereka tidak hadir kelas. Ini kerana anak-anak sering melencong ke tempat lain walaupun berpakaian sekolah dari rumah," katanya.
Jika ada remaja yang pernah terlibat dengan masalah ini, kita perlu memberi ruang penambahbaikan untuk kembali ke pangkal jalan."Golongan ini perlu bertaubat dan menyesal dengan sepenuhnya. Mereka yang pernah terbabit boleh memberi kesedaran kepada remaja lain mengenai implikasi yang dihadapi. Ingatlah, kesilapan hari ini bukanlah kesilapan yang berkekalan. Mohon ampun dan maaf kepada Allah dan ibu bapa," ujarnya.
Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini  adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".
Bagi mengatasi masalah ini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hendaklah diperluas dalam kalangan remaja yang bermasalah. Remaja perempuan yang sudah terlanjur sehingga mengandungkan anak luar nikah hendaklah dibantu bukannya disisihkan dan dicerca. Ibu bapa hendaklah membawa mereke berjumpa dengan kaunselor untuk memulihkan semangat dan keyakinan mereka sehingga anak yang dikandungkan dilahirkan dengan sempurna. Kita harus tahu bahawa setiap insan melakukan kesalahan, ibarat kata pepatah, “bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora”. Jika kita prihatin terhadap permasalahan mereka, sudah pasti mereka tidak akan kehilangan arah dan hilang pertimbangan. Oleh itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hendaklah diperhebat dan lebih mesra remaja agar mereka tidak segan-segan menceritakan masalah dengan kaunselor apabila mereka berhadapan dengan situasi sebegini.
Selain itu, ibu bapa harus menilai semula peranan mereka sebagai ketua keluarga. Mereka tidak boleh terlalu materalistik sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak. Mereka harus meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu. Para ibu bapa harus sedar, wang ringgit yang diberikan kepada anak-anak tidak dapat dijadikan penganti diri kerana wang ringgit itulah yang boleh menghancurleburkan kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah ambil tahu segala aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka di luar rumah. Mereka tidak boleh lepas tangan kerana “malang tidak berbau”. Ruang kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jika kita mahu mengatasi masalah pembuangan bayi hingga ke akar umbi, peranan ibu bapa hendaklah diperkasakan semula kerana pendidikan seharusnya bermula dari rumah.
Secara kesimpulannya , gejala pembuangan bayi merupakan masalah yang memerlukan komitmen semua pihak untuk mengatasinya. Kita hendaklah berganding bahu membenteras masalah ini sehingga ke akar umbi ibarat kata pepatah, “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”. Pihak kerajaan hendaklah mengadakan pelbagai program yang bermanfaat untuk golongan remaja agar masa lapang mereka terisi dengan aktiviti yang bermaslahat. Remaja tidak boleh dibiarkan sendirian mengemudikan kehidupan mereka kerana mereka bukanlah nakhoda profesional. Apabila dihempas gelombang, mereka pasti akan karam.
Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dipasak teguh dijiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu nafsi semata-mata. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan remaja Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi realiti dan masalah pembuangan bayi tidak lagi menghantui masyarakat kita. 

Renung-renungkan.....;)







Sunday, September 16, 2012

PENGEMBARAAN : Sisipan pengembaraan mencari sang kelah,,,,,,



Hari pertama 02 jun 2012
Sabtu
Jam 08.00 am

  Walaupun malam sebelum bertolak hujan turun lebat yang mungkin akan menyebatkan air sungai menjadi keroh,tetapi semangat yang berkobar-kobar dalam hati membuatkan perjalanan kali ini tetap akan diteruskan juga.Mungkin juga faktor kerana sudah lama tidak melakukan aktiviti sebegini bersama-sama menyebabkan keadaan dan cuaca tidak menjadi penghalang bagi kami.Rasanya sudah hampir 4 atau 5 tahun kami tidak punyai kesemptan untuk melakukan aktiviti sebegini bersama-sama walaupun mempunyai cuti tetapi cuti kami semua tidak sama kerana disebabkan faktor pekerjaan yang tidak sama dan kerja yang tidak menentu.Tapi kali ini kami merancangnya dari awal supaya ia tidak sekadar menjadi topik perbualan semata-mata.Sudah sekian lama kami merancang tapi kali ini rancangan kami menjadi kenyataan.

  Awal pagi selepas solat subuh aku sudah mengemaskan barang-barang untuk aku bawa ke pengembaraan kali ini,mugkin kali ini aku akan tidur di dalam hutan untuk satu malam.Khemah,barang-barang memancing kawan-kawan aku yang lain telah sediakan lebih awal.Aku hanya sekadar menyediakan sedikit beras,gula,garam,kopi,biskut dan beberapa lagi barangan untuk memasak bagi juadah kami nanti dan tidak lupa juga sedikit belerang untuk ditaburkan ditepi khemah bagi menghalang binatang seperti ular mendekati khemah kami.Jam 08.30 pagi kami telah berjanji untuk berkumpul di jeti sungai untuk memulakan perjalanan kami.Perjalanan kami bermula dengan membawa motosikal naik keatas bot untuk menyeberang sungai kelantan.Kali ini perjalanan mugkin agak mencabar kerana laluan yang akan dilalui mungkin lebih licin disebabkan oleh hujan lebat semalam.




Dengan keadaan bot yang tidak sebesar mana kami membawa motosikal kami naik keatas bot yang hanya boleh memuatkan 3 atau 4 buah motosikal sahaja sehala.Manakala tambang yang dikenakan hanya RM 0.80 untuk seorang dan RM 0.80 untuk sebuah motosikal.Perjalanan  untuk menyeberangi sungai hanya sekadar
mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit mengikut keadaan aliran air sungai.Jika keadaan air sungai besar atau musim banjir perjalanan mungkin mengambil masa yang agak lama sedikit kerana arus sungai terlalu laju dan banyak kayu-kayu besar hanyut yang mugkin akan melanggar bot dan boleh menyebabkan bot karam.Setelah sampai ke seberang kami berkumpul dan memulakan expedisi kami meredah hutan mencari kelah.Jam 09.00 pagi kami mula bertolak ke tempat yang kami tuju dengan hati yang bersemangat




 Seperti mana yang kami jangka,laluan memang agak mencabar,licin dan sukar untuk kami tempohi.Keadaan jalan yang tidak begitu baik memaksa kami berhati-hati dan memerlukan kawalan motosikal yang cekap supaya tidak berlaku sebarang kemalangan yang akan menyebabkan perjalanan kami tergendala dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi.Perjalanan yang kami jangka mungkin mengambil masa lebih kurang 2 atau 3 jam untuk sampai.Semasa dalam perjalanan kami dapat merasakan ketenangan dan keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan yang maha ESA.Terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hidupan yang tidak mungkin kami temui dibandar.Dengan riuh-rendah kicauan burung pelbagai spesis membuatkan hati kami terasa seperti berada di dunia yang lain.





Setelah hampir 3 jam perjalanan jam menunjukkan pukul 12 tengahari kami sampai ke tempat untuk kami letakkan motosikal dan meneruskan perjalanan ke tempat destinasi dengan berjalan kaki menyusuri jalan-jalan kecil,lorong-lorong binatang seperti gajah dan anak sungai yang mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke kawasan lapang.Hampir 30 minit lebih perjalanan kami sampai dikawasan lapang dimana tempat untuk kami dirikan khemah dan mencari kayu api untuk persediaan waktu malam.Jam telah menunjukkan pukul 12.40 tengahari,kami perlu pantas mendirikan khemah untuk menggelakkan hari semakin petang kerana keadaan di hutan tidak seperti di kampung.Di hutan pukul 5 petang keadaan sudah gelap seperti jam 7 petang di kampung.




Selepas kami mendirikan khemah dan mencari kayu api,kami menyusuri sungai untuk mencari kawasan memancing yang stategik seperti lubuk-lubuk kelah yang kebiasaannya kami tidak akan pulang dengan hampa.



Setelah jauh berjalan kami mula mengenakan umpan pada kail dan memulakan pencarian kelah kami.Satu demi satu pancing kami campakkan kedalam lubuk dengan harapan ada sang kelah pertama yang menyambar umpan kami.




Penantian demi penantian kami tunggu dengan penuh kesabaran supaya berkat kesabaran kami ini akan mendatangkan hasil yang berbaloi.Tiada apa yang kami lakukan,hanya sekadar menunggu kali salah seorang antara kami mengena.Sebatang demi sebatang rokok yang kami nyalakan sebagai teman kami menunggu sang kelah mengena...



Keadaan air sungai yang keroh menyebabkan usaha kami tidak begitu memuaskan untuk hari pertama memancing.Mungkin esok bila air sudah semakin jernih akan lebih mendatangkan hasil yang berbaloi.




Hari semakin malam dan ketika ini memancing tidak algi tertumpu pada sang kelah sang baung mula keluar dari sarangnya untuk mencari makan pada waktu malam.Harapan kami,mugkin ada sang baung yang boleh
mengembirakan sedikit hati kami yang hampa pasa siang hari   




Ini sajalah tangkapan kelah yang kami dapat pada siang hari,walaupun ada sang kelah yang mngena tetapi tiada ada yang boleh kami banggakan dengan saiznya yang tidak seberapa.Tetapi  kalau ada sang kelah yang saiznya sebegini,maknanya adalah saiznya yang mugkin akan mengembirakan hati kami nanti




Waktu malam tidak kami biarkan ia berlalu tanpa sebarang aktiviti,pada waktu malam masa yang sesuai untuk kami keluar memburu binatang seperti kancil,pelanduk dan kalau rezeki menyebelahi kami kemungkinan besar kijang atau rusa yang kami dapat.Selain aktiviti memburu,kawan-kawan yang tinggal di khemah memasang pancing untuk menjadi teman menunggu yang lain keluar ke hutan.Suasana malam berakhir dengan cepat kerana pagi keesokkan harinya seawal pagi yang mungkin untk kami bangkit bagi meruskan pencarian kami yang sebenar.Semua tertidur ketika jam menunjukkan pukul 2.00 pagi




Keesokkan harinya dengan keadaan cuaca yang elok dan air sungai yang jernih sedikit sebanyak memberi kami semangat untuk meneruskan pencarian kami.Selepas mengenkan sarapan pagi yang disediakan oleh seorang kawan kami bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan menuju ke hulu sungai.Disitu terdapat banyak lubuk-lubuk tempat kelah bermain dan mencari makan.Lebih kurang jam 7.00 pagi kami mula bergerak menuju ke lubuk tersebut yang mengambil masa lebih kurang 1 jam berjalan kaki.




Pukul 8.00 pagi lebih kami sampai ke destinasi yang kami tuju,sempat berehat sekejap sebelum amsing-masing mencari tempat yang difikirkan sesuai untuk melabuhan punggung dan memasang pancing.Saya bersama zaki mencari tempat yang teduh dilindungi dahan pokok-pokok yang rendang untuk menghalang daripada terkena pancaran terik cahaya matahari.Setelah pancing siap dipasang,masing-masing melemparkan     pancing ke tempat yang difirkan sesuai dan mengharap ada sang kelah sudi memakan umpan yang disediakan




keadaan anak sunagi yang cantik membuatkan hati kami tenang,hilang segala masalah dan buat sementara waktu kami tidak memikirkan soal kerja kami yang menanti kepulangan kami dalm beberapa hari nanti.Alangkah bagusnya kalulah suasa dibandar seprti ini,ada juga tempat untuk kami release tension,tak lah tertekan sangat.



Teringat sewaktu kami semua datang kesini beberapa tahun dulu,sungai inilah tempat pertama yang kami berkubang hingga naik biri bibir mulut kami semua,ketika itu semua masih bujang dan tidak mempunyai tanggungjawab serta dibebani oleh tugasan di pejabat.Seronoknya jika diingatkan waktu dulu-dulu tapi keadaan sudah jauh berbeza dan berubah.Sekarang kami masing-masing ada tanggungjawb pada keluarga.




Setelah beberapa minit menunggu,pancing zaki mula mendapat hasil,ah ini tidak boleh jadi,asyik dia je yang kena ni,kata aku didalam hati.Selang beberapa minit,pancing aku mula ditarik ganas oleh sesuatu yang tidak dikenalpasti lagi oleh semua yang ada,setelah lebih 15 minit melawan,sang kelah tiba dipermukaan air yang membuatkan senyuman terpancar diwajah aku,mungkin 3 atau 4 kg ni kata azmi yang berada di sebelah kanan aku.wah! bagus rezeki kau hari ni ya,kata azmin.aku sekadar hanya melepaskan sebuah senyuman yang puas terhadapnya.Hari ini banyak ikan yang kami dapat untk kami bawa balik,cukuplah sekadar untuk makan malam nanti.Setelah waktu hampir pukul 3.00 petang kami semua bersiap-siap untuk pulang ke khemah kerana hari ini merupakan hari terakhir kami disini.Dengan perasaan puas kami bergerak menuju ke tapak perkhemahan kami



Tiba dikhemah,sempat lagi azmi,zaki dan nik memasang pancing mereka dan mencampakkannya di tepi khemah sementara untuk kami membuka khemah dan bersiap untuk pulang



Lebih kurang jam 5.30 petang kami tiba ditempat kami meletakkan motosikal dan bersiap sedia menruskan perjalanan pulang.Dalam perjalanan pulang sempat kami merakamkan beberapa gambar untuk dijadikan kenangan kerana entah bila pula kami akan mengembara begini bersama-sama lagi.Mungkin juga ini kali yang terakhir kerana masing-masing sibuk dengan tugas...Sekian sisipan pengembaraan saya dan rakan-rakan