Sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan
dengan beberapa berita yang amat memeranjatkan semua pihak iaitu isu pembuangan
bayi. Gejala ini amat devian kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak
berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Ada antara
bayi yang ditemui yang masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan
hampir semua yang ditemui berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Seperti
tiada kesedaran diri, bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan.
Tidak kira apa pun status bayi tersebut, isu ini perlu dibendung. Pembuangan
bayi adalah satu jenayah walaupun terjadi akibat kehamilan tidak diingini.
Ramai remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana
terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.
Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.
Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita
pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana.
Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak
mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan
yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua
yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa
yang dilakukan hanya mendatangkan dosa
Dari perbuatan
dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka
tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri. Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan
majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam
keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih
hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam
seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi
malang ini ditemui.
Oleh itu,terdapat beberapa punca berlakunya gejala ini
iaitu punca utama yang menyebabkan pembuangan bayi ialah keruntuhan institusi
kekeluargaan dalam masyarakat kita. Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini.
Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna
kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan
mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit.
Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa Ibu bapa yang merupakan
ketua keluarga telah gagal melaksanakan tanggungjawab
mereka mendidik anak-anak menjadi insan yang bersahsiah dan berkeperibadian
mulia. Mereka sibuk dengan tugas-tugas seharian sehingga anak-anak terabai.
Anak-anak yang kekurangan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka
lebih cenderung untuk mencari keseronokan di luar rumah. Akibatnya, mereka
terjebak ke kancah permasalahan sosial seperti melakukan seks bebas sehingga
mengandungkan anak luar nikah.
Pada masa itu, barulah mereka sedar bahawa mereka sudah
terlanjur dan jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan tersebut adalah
dengan membuang bayi yang dikandungkan. Mereka melakukan perbuatan terkutuk ini
adalah untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka daripada pengetahuan ibu
bapa. Jelaslah bahawa kerapuhan institusi kekeluargaan merupakan punca utama
berlakunya masalah pembuangan bayi di negara kita.
Seterusnya, masalah pembuangan bayi juga berlaku disebabkan golongan lelaki
yang tidak bertanggungjawab. Masalah
sosial merupakan salah satu daripada
penyumbang berlakunya kes buang anak ini. Antaranya, pergaulan bebas tanpa had
terutamanya di antara lelaki dan wanita. Selain itu, terikut dengan budaya
barat yang yang mengamalkan seks itu adalah sebahagian daripada proses
percintaan. Golongan ini juga percaya alat-alat terkini seperti kondom dan pil boleh
mengelakkan daripada mengandung jika melakukan hubungan seks," katanya.Sewaktu bercinta semuanya indah belaka sehingga si wanita sanggup
menyerahkan segalanya untuk membuktikan kesetiaan dan cinta kepada pasangan
mereka.
Mereka mudah lemah kepada pujuk rayu kekasih
hati yang kononnya berjanji mahu sehidup semati dengan mereka. Akhirnya, mereka
rela bersekedudukan dengan pasangan bagaikan pasangan suami isteri walaupun
tiada ikatan perkahwinan. Setelah si wanita hamil maka berlakulah konflik dalam
kehidupan kerana si lelaki mahu melepaskan diri daripada tanggungjawab. Wanita
yang hamil tersebut dipaksa untuk membuang atau menggugurkan bayi dalam
kandungan demi menutup aib kerana mengandungkan anak luar nikah. Sekiranya
tidak mahu berbuat seperti yang diarahkan, mereka akan ditinggalkan. Dalam
situasi sebegini, si wanita tiada pilihan lain selain menurut kehendak pasangan
mereka, bak kata pepatah, “ditelan mati emak, diluah mati bapa”.
Selanjutnya, masalah pembuangan bayi semakin berleluasa di negara kita
disebabkan bertambahnya pusat-pusat hiburan di negara kita terutamanya di
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Remaja lelaki dan perempuan biasanya
berkumpul di pusat-pusat hiburan ini pada setiap hujung minggu. Mereka bergaul
bebas antara lelaki dan perempuan sambil meminum minuman keras. Dalam keadaan
separuh sedar, remaja perempuan biasanya mudah digoda oleh remaja lelaki.
Golongan remaja sebegini tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu kerana
bagi mereka yang penting ialah keseronokan. Perlakuan seks bebas yang
berleluasa di pusat-pusat hiburan menyebabkan ramai remaja yang terpengaruh
sehingga ada dalam kalangan mereka yang mengandungkan anak luar nikah. Apabila
sudah mengandung barulah mereka sedar kesilapan diri, ibarat kata pepatah,
“sudah terhantuk baru nak terngadah”. Walau bagaimanapun, segalanya sudah tidak
berguna kerana “nasi sudah menjadi bubur”. Akibatnya, mereka mengambil
keputusan mudah iaitu membuang bayi yang dikandungkan.
Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang
tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman
jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh
dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan
maruah keluarga.
Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada
zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan
dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya. Kes
pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha
kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara
20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah
dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin
menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat
mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan
masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan
niat. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93:
Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya
neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat
akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".
Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan
elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan
yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media
elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca
yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada
lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang
melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri
samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri
sendiri sahaja yang mampu megubah segalanya.
Justeru itu,berlakunya gejala
seperti ini juga adalah disebabkan kekurangan
ilmu agama amatlah
tipis dalam kalangan remaja pada hari ini hingga menyebabkan kes pembuangan
anak tidak menjadi kesalahan kepada mereka.
Ilmu
agama
Justeru
itu, kurang ilmu agama menjadi faktor golongan ini tidak dapat menilai halal
dan haram.
"Era
globalisasi dan pembangunan teknologi (ICT)
Pada hari secara langsung atau tidak telah menyumbang kepada kes
pembuangan anak. Jika kita kaji, kemudahan telefon bimbit telah menyebabkan
remaja boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa untuk
sebagai titik permulaan kepada kes yang tidak bermoral ini. Kesukaran membuat
pemantauan oleh ibubapa terhadap penggunaan internet juga menyumbang kepada
gejala kes ini," jelasnya.
Secara tidak langsung, kes pembuangan bayi ini mempengaruhi kesihatan
sosial pada hari ini.Dari sudut perubatan, kadar kematian bayi yang lebih
tinggi akan menyebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Ini disebabkan
kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah, jangkitan kuman dan
kecederaan sewaktu bersalin.
Selain itu, kes ini turut memberi kesan kepada psikologi dan sosial
wanita yang melahirkan bayi tersebut iaitu murung, hilang keyakinan diri, rasa
bersalah, resah atau gelisah. Bukan itu sahaja, ia akan mewujudkan masalah
emosi dan hubungan interpersonal dengan terputusnya hubungan kekeluargaan dan
rakan-rakan.
"Terlalu banyak kesan psikologi dan sosial kepada masyarakat.
Antaranya, kemajuan dan kemakmuran masyarakat di masa hadapan akan terjejas.
Pesan Iman Al-Ghazali, jika kamu mahu melihat senario masa depan masyarakat dan
negara kamu, lihatkan senario remaja masa kini. Jika mereka hebat maka akan
hebatlah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan, tetapi jika remaja kini
rosak akhlaknya dan lemah mindanya. Maka akan rosaklah masyarakat dan negara
kamu di masa hadapan," jelasnya.
Perasaan
bersalah yang datang di kemudian hari akan memberikan tekanan psikologi dan
sosial yang berat serta tumpuan kepada kerjaya akan terjelas.
Secara umum, remaja pada hari ini tidak faham dan mengerti secara
mendalam erti kasih sayang yang sebenarnya. Justeru itu, jika mereka berkahwin,
perkahwinan itu jarang yang kekal lama kerana mereka tidak faham apakah yang
dimaksudkan dengan kasih sayang itu.Sementara itu, bagi golongan berumur 25
tahun ke atas, percintaan yang sering diikuti dengan tanggungjawab.
Dalam membantu masyarakat pada hari ini untuk membendung kes pembuangan
bayi, mereka perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar
kepincangan dalam institusi sosial tidak berlarutan. "Golongan dewasa juga
perlu menunjukkan teladan yang baik kepada golongan remaja kerana golongan
inilah yang banyak terlibat dengan isu pembuangan bayi. Langkah ini adalah bertujuan
untuk mengelakkan golongan ini berpengaruh dengan keadaan sekeliling. Selain
itu, kerjasama masyarakat dengan kerajaan turut memainkan peranan dalam usaha
mencapai masalah sosial 'sifar'. Walaupun ia mungkin sukar dicapai tetapi
melalui kerjasama di antara masyarakat dan pihak berkuasa mampu menyelesaikan masalah
buang anak ini.
Kesedaran
Pada pihak yang terlibat,saya menyarankan masyarakat memberi kesedaran untuk membendung
gejala tidak sihat ini. Misalnya, kerajaan boleh melaksana undang-undang
terhadap remaja yang berdua-duaan di tempat yang kondusif untuk seks bebas.
Selain itu, masyarakat perlu membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda ini.
Aktiviti yang mencurigakan perlu dibuat laporan kepada pihak yang
bertanggungjawab untuk membanteras mereka yang terlibat.
"
Ibu bapa juga perlu peka dan mengambil berat terhadap perkembangan dan apa yang
dilakukan oleh remaja mereka. Selain itu, guru perlu memantau kehadiran pelajar
dalam kelas. Laporkan kepada ibu bapa jika anak mereka tidak hadir kelas. Ini
kerana anak-anak sering melencong ke tempat lain walaupun berpakaian sekolah
dari rumah," katanya.
Jika ada remaja yang pernah terlibat dengan masalah ini, kita perlu
memberi ruang penambahbaikan untuk kembali ke pangkal jalan."Golongan ini
perlu bertaubat dan menyesal dengan sepenuhnya. Mereka yang pernah terbabit
boleh memberi kesedaran kepada remaja lain mengenai implikasi yang dihadapi.
Ingatlah, kesilapan hari ini bukanlah kesilapan yang berkekalan. Mohon ampun
dan maaf kepada Allah dan ibu bapa," ujarnya.
Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada
penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah
sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan
yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan
juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup
mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya
daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai
telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat).
Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka
itulah orang yang lalai".
Bagi mengatasi masalah ini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
hendaklah diperluas dalam kalangan remaja yang bermasalah. Remaja perempuan
yang sudah terlanjur sehingga mengandungkan anak luar nikah hendaklah dibantu
bukannya disisihkan dan dicerca. Ibu bapa hendaklah membawa mereke berjumpa
dengan kaunselor untuk memulihkan semangat dan keyakinan mereka sehingga anak
yang dikandungkan dilahirkan dengan sempurna. Kita harus tahu bahawa setiap
insan melakukan kesalahan, ibarat kata pepatah, “bumi mana tidak ditimpa hujan,
lautan mana tidak bergelora”. Jika kita prihatin terhadap permasalahan mereka,
sudah pasti mereka tidak akan kehilangan arah dan hilang pertimbangan. Oleh
itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hendaklah diperhebat dan lebih mesra
remaja agar mereka tidak segan-segan menceritakan masalah dengan kaunselor
apabila mereka berhadapan dengan situasi sebegini.
Selain itu, ibu bapa harus menilai semula peranan mereka sebagai
ketua keluarga. Mereka tidak boleh terlalu materalistik sehingga mengabaikan
tanggungjawab kepada anak-anak. Mereka harus meluangkan masa pada setiap hari
untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak kehilangan tempat untuk
mengadu. Para ibu bapa harus sedar, wang ringgit yang diberikan kepada
anak-anak tidak dapat dijadikan penganti diri kerana wang ringgit itulah yang
boleh menghancurleburkan kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah ambil
tahu segala aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka di luar rumah. Mereka
tidak boleh lepas tangan kerana “malang tidak berbau”. Ruang kebebasan yang
diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh
dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jika kita mahu mengatasi masalah
pembuangan bayi hingga ke akar umbi, peranan ibu bapa hendaklah diperkasakan
semula kerana pendidikan seharusnya bermula dari rumah.
Secara kesimpulannya , gejala pembuangan bayi merupakan masalah yang
memerlukan komitmen semua pihak untuk mengatasinya. Kita hendaklah berganding
bahu membenteras masalah ini sehingga ke akar umbi ibarat kata pepatah, “ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”. Pihak kerajaan hendaklah mengadakan
pelbagai program yang bermanfaat untuk golongan remaja agar masa lapang mereka
terisi dengan aktiviti yang bermaslahat. Remaja tidak boleh dibiarkan sendirian
mengemudikan kehidupan mereka kerana mereka bukanlah nakhoda profesional.
Apabila dihempas gelombang, mereka pasti akan karam.
Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dipasak teguh dijiwa mereka
pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup
bertuhankan nafsu nafsi semata-mata. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk
melahirkan remaja Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi
realiti dan masalah pembuangan bayi tidak lagi menghantui masyarakat
kita.
Renung-renungkan.....;)