CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 31, 2012

KOMEN:“Baucar Buku 1 Malaysia”


Apa komen anda tentang pemberian "Baucar Buku 1 Malaysia"?

Dengan adanya bantuan baucar ini ia menggalakkan budaya membaca yang dapat disemai dalam kalangan pelajar.Di Malaysia kini, kadar pembacaan buku kalangan rakyat adalah sangat rendah.Maka, dengan pemberian baucar buku ini,ia dapat menggalakkan lagi budaya membaca.Menerusi pemberian baucar ini, para pelajar sebenarnya diberikan peluang keemasan bagi memilih pelbagai jenis bahan bacaan di kedai buku.
Bagi pendapat saya,baucar tersebut perlu dilanjutkan tempoh sehingga 6 bulan kerana mungkin ada pelajar yang belum daftar lagi untuk semester seterusnya,walau  bagaimanapun baucar ini merupakan pencetus dalam kalangan rakyat supaya mempunyai sikap untuk menjadikan membaca buku sebagai satu budaya, ini merupakan salah satu langkah pihak kerajaan yang tepat, tetapi andai pelajar yang menerima bucar ini tidak memanfaatkan dengan sebaiknya, maka segala manfaat itu hanya akan menjadi sia-sia.Diharap pemberian baucar untuk tahun 2013 nanti,tidak ada kejadian penyalahgunaan baucar ini
            Pada pendapat saya,pemberian baucar 1 Malaysia ini telah memberi impak yang besar  kepada semua pelajar di negara ini,kerana sedikit sebanyak baucar ini dapat membantu golongan pelajar untuk meringankan beban bagi perbelanjaan pembelian buku pengajian dan juga dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Dengan pemberian ini baucar tersebut, telah dapat meringankan beban saya untuk membeli buku rujukan. Baru-baru ini pula,pihak kerajaan telah menambahkan nilai baucar 1 Malaysia kepada RM250 di dalam pembentangan bajet 2013 yang sebelum ini hanya bernilai RM200, ini merupakan berita yang baik kerana nilai baucar yang akan diberikan nanti lebih banyak.Bagi tahun 2012,kerjaan telah membelanjakan lebih kurang 300  juta untuk memberi bantuan baucar buku 1 Malaysia ini kepada setiap pelajar.Saya  sangat bersyukur kerana adanya bantuan seperti ini,maknanya pihak kerajaan cukup prihatin terhadap golongan pelajar yang tidak berkemampuan atau kekurangan bajet untuk membeli buku.Dengan itu,pemberian baucar ini merupakan satu peluang buat para pelajar bagi menggunkannya untuk membeli buku dan peralatan alat tulis.
             Hakikatnya, baucar yang diberi sudah pasti akan meringankan sedikit beban yang ditanggung para pelajar yang dikelilingi dengan tekanan kewangan. Maka seharusnya peluang yang diberi ini wajar digunakan sebaik-baiknya oleh para pelajar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.Pihak kerajaan telah banyak memberi bantuan,sepatutnya kita mesti gunakan peluang ini dengan sebaiknya.Oleh itu,pihak kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang cukup besar bagi tujuan pemberian baucar ini, dan jika pelajar tidak memanfaatkannya,maka wang rakyat pastilah akan dibazirkan.
        Namun, di sebalik peluang yang diberi, kelihatan terdapat sesetengah para pelajar mengambil kesempatan dengan menggunakan baucar tersebut bagi tujuan lain.Mereka yang terlibat telah menyalahgunaan baucar yang diberikan seperti menjual dan melelong baucar tersebut kepada golongan pelajar yang lain,malah ada juga yang menjual baucar oleh segelintir pelajar di internet dan perkara ini betul-betul mengecewakan pihak kerajaan.Penjualan baucar buku di internet seperti yang dilakukan oeleh sesetengan pelajar merupakan satu tindakan yang sangat merugikan. Tindakan ini ibarat melepaskan peluang keemasan yang diberi oleh kerajaan. Hakikatnya,banyak manfaat yang dapat diperoleh oleh para pelajar andai baucar ini digunakan dengan sebaiknya. Tindakan menjual baucar ini mungkin berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang lebih mengutamakan wang ringgit berbanding ilmu pengetahuan.Nilai materialistik yang wujud inilah menyebabkan sesetengah pelajar itu sanggup melupakan kepentingan membeli bahan bacaan ,sebaliknya lebih mengutamakan pembelian barang-barang untuk keperluan diri yang tidak penting.

0 comments:

Post a Comment