CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 16, 2012

PENGEMBARAAN : Sisipan pengembaraan mencari sang kelah,,,,,,



Hari pertama 02 jun 2012
Sabtu
Jam 08.00 am

  Walaupun malam sebelum bertolak hujan turun lebat yang mungkin akan menyebatkan air sungai menjadi keroh,tetapi semangat yang berkobar-kobar dalam hati membuatkan perjalanan kali ini tetap akan diteruskan juga.Mungkin juga faktor kerana sudah lama tidak melakukan aktiviti sebegini bersama-sama menyebabkan keadaan dan cuaca tidak menjadi penghalang bagi kami.Rasanya sudah hampir 4 atau 5 tahun kami tidak punyai kesemptan untuk melakukan aktiviti sebegini bersama-sama walaupun mempunyai cuti tetapi cuti kami semua tidak sama kerana disebabkan faktor pekerjaan yang tidak sama dan kerja yang tidak menentu.Tapi kali ini kami merancangnya dari awal supaya ia tidak sekadar menjadi topik perbualan semata-mata.Sudah sekian lama kami merancang tapi kali ini rancangan kami menjadi kenyataan.

  Awal pagi selepas solat subuh aku sudah mengemaskan barang-barang untuk aku bawa ke pengembaraan kali ini,mugkin kali ini aku akan tidur di dalam hutan untuk satu malam.Khemah,barang-barang memancing kawan-kawan aku yang lain telah sediakan lebih awal.Aku hanya sekadar menyediakan sedikit beras,gula,garam,kopi,biskut dan beberapa lagi barangan untuk memasak bagi juadah kami nanti dan tidak lupa juga sedikit belerang untuk ditaburkan ditepi khemah bagi menghalang binatang seperti ular mendekati khemah kami.Jam 08.30 pagi kami telah berjanji untuk berkumpul di jeti sungai untuk memulakan perjalanan kami.Perjalanan kami bermula dengan membawa motosikal naik keatas bot untuk menyeberang sungai kelantan.Kali ini perjalanan mugkin agak mencabar kerana laluan yang akan dilalui mungkin lebih licin disebabkan oleh hujan lebat semalam.




Dengan keadaan bot yang tidak sebesar mana kami membawa motosikal kami naik keatas bot yang hanya boleh memuatkan 3 atau 4 buah motosikal sahaja sehala.Manakala tambang yang dikenakan hanya RM 0.80 untuk seorang dan RM 0.80 untuk sebuah motosikal.Perjalanan  untuk menyeberangi sungai hanya sekadar
mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit mengikut keadaan aliran air sungai.Jika keadaan air sungai besar atau musim banjir perjalanan mungkin mengambil masa yang agak lama sedikit kerana arus sungai terlalu laju dan banyak kayu-kayu besar hanyut yang mugkin akan melanggar bot dan boleh menyebabkan bot karam.Setelah sampai ke seberang kami berkumpul dan memulakan expedisi kami meredah hutan mencari kelah.Jam 09.00 pagi kami mula bertolak ke tempat yang kami tuju dengan hati yang bersemangat




 Seperti mana yang kami jangka,laluan memang agak mencabar,licin dan sukar untuk kami tempohi.Keadaan jalan yang tidak begitu baik memaksa kami berhati-hati dan memerlukan kawalan motosikal yang cekap supaya tidak berlaku sebarang kemalangan yang akan menyebabkan perjalanan kami tergendala dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi.Perjalanan yang kami jangka mungkin mengambil masa lebih kurang 2 atau 3 jam untuk sampai.Semasa dalam perjalanan kami dapat merasakan ketenangan dan keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan yang maha ESA.Terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hidupan yang tidak mungkin kami temui dibandar.Dengan riuh-rendah kicauan burung pelbagai spesis membuatkan hati kami terasa seperti berada di dunia yang lain.





Setelah hampir 3 jam perjalanan jam menunjukkan pukul 12 tengahari kami sampai ke tempat untuk kami letakkan motosikal dan meneruskan perjalanan ke tempat destinasi dengan berjalan kaki menyusuri jalan-jalan kecil,lorong-lorong binatang seperti gajah dan anak sungai yang mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke kawasan lapang.Hampir 30 minit lebih perjalanan kami sampai dikawasan lapang dimana tempat untuk kami dirikan khemah dan mencari kayu api untuk persediaan waktu malam.Jam telah menunjukkan pukul 12.40 tengahari,kami perlu pantas mendirikan khemah untuk menggelakkan hari semakin petang kerana keadaan di hutan tidak seperti di kampung.Di hutan pukul 5 petang keadaan sudah gelap seperti jam 7 petang di kampung.




Selepas kami mendirikan khemah dan mencari kayu api,kami menyusuri sungai untuk mencari kawasan memancing yang stategik seperti lubuk-lubuk kelah yang kebiasaannya kami tidak akan pulang dengan hampa.



Setelah jauh berjalan kami mula mengenakan umpan pada kail dan memulakan pencarian kelah kami.Satu demi satu pancing kami campakkan kedalam lubuk dengan harapan ada sang kelah pertama yang menyambar umpan kami.




Penantian demi penantian kami tunggu dengan penuh kesabaran supaya berkat kesabaran kami ini akan mendatangkan hasil yang berbaloi.Tiada apa yang kami lakukan,hanya sekadar menunggu kali salah seorang antara kami mengena.Sebatang demi sebatang rokok yang kami nyalakan sebagai teman kami menunggu sang kelah mengena...



Keadaan air sungai yang keroh menyebabkan usaha kami tidak begitu memuaskan untuk hari pertama memancing.Mungkin esok bila air sudah semakin jernih akan lebih mendatangkan hasil yang berbaloi.




Hari semakin malam dan ketika ini memancing tidak algi tertumpu pada sang kelah sang baung mula keluar dari sarangnya untuk mencari makan pada waktu malam.Harapan kami,mugkin ada sang baung yang boleh
mengembirakan sedikit hati kami yang hampa pasa siang hari   




Ini sajalah tangkapan kelah yang kami dapat pada siang hari,walaupun ada sang kelah yang mngena tetapi tiada ada yang boleh kami banggakan dengan saiznya yang tidak seberapa.Tetapi  kalau ada sang kelah yang saiznya sebegini,maknanya adalah saiznya yang mugkin akan mengembirakan hati kami nanti




Waktu malam tidak kami biarkan ia berlalu tanpa sebarang aktiviti,pada waktu malam masa yang sesuai untuk kami keluar memburu binatang seperti kancil,pelanduk dan kalau rezeki menyebelahi kami kemungkinan besar kijang atau rusa yang kami dapat.Selain aktiviti memburu,kawan-kawan yang tinggal di khemah memasang pancing untuk menjadi teman menunggu yang lain keluar ke hutan.Suasana malam berakhir dengan cepat kerana pagi keesokkan harinya seawal pagi yang mungkin untk kami bangkit bagi meruskan pencarian kami yang sebenar.Semua tertidur ketika jam menunjukkan pukul 2.00 pagi




Keesokkan harinya dengan keadaan cuaca yang elok dan air sungai yang jernih sedikit sebanyak memberi kami semangat untuk meneruskan pencarian kami.Selepas mengenkan sarapan pagi yang disediakan oleh seorang kawan kami bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan menuju ke hulu sungai.Disitu terdapat banyak lubuk-lubuk tempat kelah bermain dan mencari makan.Lebih kurang jam 7.00 pagi kami mula bergerak menuju ke lubuk tersebut yang mengambil masa lebih kurang 1 jam berjalan kaki.




Pukul 8.00 pagi lebih kami sampai ke destinasi yang kami tuju,sempat berehat sekejap sebelum amsing-masing mencari tempat yang difikirkan sesuai untuk melabuhan punggung dan memasang pancing.Saya bersama zaki mencari tempat yang teduh dilindungi dahan pokok-pokok yang rendang untuk menghalang daripada terkena pancaran terik cahaya matahari.Setelah pancing siap dipasang,masing-masing melemparkan     pancing ke tempat yang difirkan sesuai dan mengharap ada sang kelah sudi memakan umpan yang disediakan




keadaan anak sunagi yang cantik membuatkan hati kami tenang,hilang segala masalah dan buat sementara waktu kami tidak memikirkan soal kerja kami yang menanti kepulangan kami dalm beberapa hari nanti.Alangkah bagusnya kalulah suasa dibandar seprti ini,ada juga tempat untuk kami release tension,tak lah tertekan sangat.



Teringat sewaktu kami semua datang kesini beberapa tahun dulu,sungai inilah tempat pertama yang kami berkubang hingga naik biri bibir mulut kami semua,ketika itu semua masih bujang dan tidak mempunyai tanggungjawab serta dibebani oleh tugasan di pejabat.Seronoknya jika diingatkan waktu dulu-dulu tapi keadaan sudah jauh berbeza dan berubah.Sekarang kami masing-masing ada tanggungjawb pada keluarga.




Setelah beberapa minit menunggu,pancing zaki mula mendapat hasil,ah ini tidak boleh jadi,asyik dia je yang kena ni,kata aku didalam hati.Selang beberapa minit,pancing aku mula ditarik ganas oleh sesuatu yang tidak dikenalpasti lagi oleh semua yang ada,setelah lebih 15 minit melawan,sang kelah tiba dipermukaan air yang membuatkan senyuman terpancar diwajah aku,mungkin 3 atau 4 kg ni kata azmi yang berada di sebelah kanan aku.wah! bagus rezeki kau hari ni ya,kata azmin.aku sekadar hanya melepaskan sebuah senyuman yang puas terhadapnya.Hari ini banyak ikan yang kami dapat untk kami bawa balik,cukuplah sekadar untuk makan malam nanti.Setelah waktu hampir pukul 3.00 petang kami semua bersiap-siap untuk pulang ke khemah kerana hari ini merupakan hari terakhir kami disini.Dengan perasaan puas kami bergerak menuju ke tapak perkhemahan kami



Tiba dikhemah,sempat lagi azmi,zaki dan nik memasang pancing mereka dan mencampakkannya di tepi khemah sementara untuk kami membuka khemah dan bersiap untuk pulang



Lebih kurang jam 5.30 petang kami tiba ditempat kami meletakkan motosikal dan bersiap sedia menruskan perjalanan pulang.Dalam perjalanan pulang sempat kami merakamkan beberapa gambar untuk dijadikan kenangan kerana entah bila pula kami akan mengembara begini bersama-sama lagi.Mungkin juga ini kali yang terakhir kerana masing-masing sibuk dengan tugas...Sekian sisipan pengembaraan saya dan rakan-rakan