CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 4, 2012

CATATAN PERISTIWA: MAJLIS RAJA SEHARIKU


Assalamualaikum wrb...

HARI PERTAMA,,,( 09/11/2012,KHAMIS )

  Di kesempatan ini aku lakarkan  suatu peristiwa yang begitu istemewa dalam hidupku setelah sekian lamanya aku menanti dan menunggu maka pada tahun 2011 bulan november,sejarah dan perubahan hidupku bermula.pada tanggal 09.11.2011 dengan bermas kahwinkan RM11,000 ribu tunai dan sebentuk cincin aku selamat diijab kabulkan dengan buah hati kesayanganku,dengan sekali lafaz di hadapan yang berbahagia ustaz hj fauzi yang juga merupakan ustaz yang mengajar aku semasa aku di tingkatan lima dahulu.Dengan berwalikan ayahanda tersayang pihak pengantin perempuan majlis yang dijadualkan berjalan dengan lancar.selesai akad nikah para hadirin yang hadir mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan oleh yang berbahagian ustaz.hari itu begitu bermakna buat aku dan dia.setelah 6 tahun aku mengenali dan menjalinkan seutuh kasih maka kami selamat diijab kabul dan sah menjadi suami isteri.majlis akad dilangsungkan di masjid kg enggong yang juga merupakan masjid di kampung isteriku,majlis berlangsung pada jam 9.00 malam selepas menunaikan solat isya' berjemaah.selain daripada ayahanda dan ibunda ku yang tercinta,sanak saudara ku juga turut serta kerana tidak mahu ketinggalan dalam majlis ku ini.mungkin para hadirin yang hadir dalam lingkungan 40 orang termasuk para hadirin bagi sebelah pengantin perempuan.setelah selesai semua,para hadirin yang hadir dijemput ke rumah pegantin perempuan untuk sedikit jamuan kesyukuran.selesai makan,aku dan keluarga pulang ke rumah ku yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari rumah isteriku.majlis persandingan dirancang pada 11/11/2011 iaitu pada hari sabtu kerana di kelantan jumaat sabtu cuti jadi kami berdua ambil keputusan untuk mengadakan kenduri disebelah pihak perempuan pada hari sabtu,bukan hanya kerana tarikhnya yang cantik iaitu 11/11/2011 tetapi hari sabtu masanya lebih panjang sedikit jika dibandingkan hari jumaat kerana waktu tengahari kaum adam sibuk untuk membuat persediaan solat jumaat jadi masanya menjadi singkat.sampai di rumahku kira-kira jam 12 malam aku mula cuba melelapkan mata seawal mungkin kerana keesokkan harinya aku harus bangun awal kerana banyak lagi barangan yang perlu aku beli untuk majlis persandingan dan kenduri di pihak perempuan nanti.


HARI KEDUA ( 10/11/2011,JUMAAT )


  Pada keesokkan harinya,seawal pagi lagi aku bertolak mengambil isteriku kerana masih lagi banyak benda yang belum selesai untuk majlis kenduri nanti.barang-barang keperluan belum lagi cukup,maklumlah aku dan isteri masing-masing bekerja dan sudah semestinya cuti yang dapat pun tidak lah lama sangat.Jam 7.00 pagi aku sudah terpacak di perkarangan pasar pagi di bandar kuala krai yang jaraknya 15 minit dari rumah isteriku.hari ini aku mengambarkan kepenatan yang mungkin membuatkan aku malam nanti tidak perlu berbaring lama untuk melelapkan mata.Beberapa minit berjalan bakul yang aku bawa nampaknya sudah penuh tetapi banyak lagi barang yang hendak dibeli,aku hantar dulu ke but kereta supaya selesa sikit aku berjalan mengikut jejak isteriku.Sakit kepala bila memikirkan soal kenduri ni,tenaga,masa dan kewangan banyak digunakan.mungkin dianggarkan sekitar RM25,000 juga bajet untuk kenduri aku ni kerana pada yang sama banjir besar berlaku di negara thailand jadi barang-barang banyak yang harganya naik melambung,nak atau tak nak terpaksa jugalah kerana tarikh telah lama ditetapkan.apa-apa pun aku bersyukur kepada yang maha ESA kerana telah mempermudahkan urusan dan keadaan sehingga selesai upacara ini.
  Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi,semua barang telah siap dibeli,but kereta pun dah penuh,dah sampai masa untuk kami pulang kerana barng-barang yang dibeli perlu di masak pada waktu yang sesuai supaya hari kenduri nanti tidaklah jadi huru-hara.aku tinggalkan isteriku di rumahnya dan aku bergerak pulang ke rumahku untuk menyiapkan apa yang patut untuk majlis keesokkannya.alhamdulillah,semua sudah siap kerana aku anak lelaki yang sulong jadi persiapan ibu dan sanak saudara yang siapkan,aku hanya sekadar menjadi pemerhati sambil tolong-tolong apa yang patut saja.waktu sudah pun menjelang senja,aku mandi dan siap sedia untuk menunaikan solat berjemaah bersama ayahanda dan adik-adikku.selesai solat maghrib dan isya',kami makan malam bersama-sama seperti rutin harian yang biasa,lepak tengok tb kejap,borak-borak dengan ayahanda,jam 12.00 malam aku masuk tidur
                                                                                                   


HARI KETIGA ( 11/11/2011,SABTU )
  Dari jauh mula kelihatan berbondong-bondong dan berbalam-balam kaum ibu bertamu berjalan kaki dibawah perik matahari dan kelihatan si bapa pula menaiki motorsikal sama seorang atau suami isteri. Manakala kanak-kanak pula ada yang berbasikal dan berjalan kaki sama menuju ke rumah pengantin. Semua berbaju baru dan segak bergaya.Pukul 12 bermula jamuan di bawa masuk ke khemah dan rumah. Tetamu lelaki mula duduk menanti juadah dihidangkan dengan 4 orang setalam. Si ibu pula masuk ke rumah dan makan bersila manakala si kanak-kanak berlari-lari berebut dalam beratur memegang pingan untuk nasi lalu ke bahagian lauk dan akhirnya air seperti nasi campur lalu duduk bercangkung di tepi dapur, tebing longkang, atas kayu api dan dibawah pokok untuk menjamu selera.Pada hari ini adalah hari yang cukup meriah untuk meraikan kehadiran aku sebagai putera sehari ke rumah isteriku.Majlis persandingan di rancang pada sebelah petang kira-kira jam 2.00 petang selepas waktu zohor.Selesai solat zohor lebih kurang jam 2.00 petang,sanak saudara dan para sahabat handai berkumpul di perkarangan rumahku untuk berasama-sama bertolak ke rumah pengantin perempuan.Pda mulanya jani pukul 2 dah nak gerak tapi biasalah janji orang melayu.Sampai di sana kami di sambut dengan paluan kompang dan suasana meriah para hadirin yang hadir.aku dipayungkan dan di bawa menuju ke tempat persandingan sementara isteriku menunggu di depan pintu untuk menyambut kehadiran aku.Dengan mengenakan busana songket biru,aku berjalan menuju ke rumah isteri tanpa perasan segan atau silu,yang penting bagi aku majlis cepat habis dan aku bolehlah rehat.Majlis persandingan begitu meriah,kilauan cahaya kemera yang tiba tidak henti-henti,kadanag-kadang boring juga melayan kerenah jurufoto ni,lebih-lebih dan macam-macam pula.Nasib baiklah acara makan beradab tidak diadakan,kalau ada macam malas nak join pun ada rasanya


  Sesi pertama bergambar hanya melibatkan aku dan isteri saja,mula-mula songket biru,lepas tu tukar pakaian lagi pakai baju purple,dah rasa macam artis pun ada.sebab itulah juga majlis kahwin ni di panggil raja sehari.Bila dah berderet-deret flash yang datang,nak senyum pun dah macam tak nak senyum,yang sorang nak posing macam ni,sorang lagi nak lain,adui nak marah pun tak boleh,ikut jela.Walaupun rasa macam teramat-amat penat tapi bila tengok kedua-dua belah keluarga beramah mesra dan para hadirin yang gembira,semua rasa penat tadi hilang di lamun perasaan ku sendiri.Perasaan gembira dalam hatiku tak dapat nak ku luahkan melalui perkataan ataupun perbuatan,hanya tuhan saja yang tahu dalam hati ku ini.Selepas selesai sesi aku bergambar bersama isteri tercinta,ramai sahabt handai dan sanak saudara yang ingin mengambil foto bersama sebagai tanda kenangan di majlis perkahwinanku ini.suasana wajah-wajah yang ceria dengan pelbagai kerenah membuatkan kami merasakan majlis kami ini seperti majlis perkahwinan putera england,apa-pap pun terima kasih ku ucapkan kepada kawan-kawan yang sudi hadir,itu sudah memadai bagiku.


  Dah banyak aku bercerita tentang suasana dan keadaan majlis ku,kini aku nak pula kongsi bab kahwin ni dari sudut agama kita islam,Dalam erti lain dalam bab kahwin ni kita kena juga tengok dari pelbagai sudut,aku bukannya nak jadi ustaz tapi sekadar nak kongsi sikit sebanyak apa yang patut dan apa ynag aku tahu,kahwin disebabkan nafsu atau apa-apa yang berkaitan dengannya kadang-kadand tidak membawa bahagia,kalau pun bahagia mungkin hanya sekadar melepas batuk di tangga,sebab tu lah sekarang terlalu banyak kes cerai.Perkahwinan mithalai bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.
  Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah swt. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah S.A.W. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."


Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.
  Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap Baitul Muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.
Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana fitrah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah ar-Rum:30 :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."


  Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. 

  SEKIAN CATATAN MAJLIS PERKAHWINANKU 11/11/2011
WASSALAM,,,,,,